KUALA LUMPUR: Seorang juruelektrik warganegara Myanmar mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki dari negara yang sama pada April tahun lalu. Tertuduh, Hrang Tling Thang, 23, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sebuah rumah di Jalan Pasar Baru antara pukul 11 pagi hingga…










