KOTA BHARU: Kerajaan tidak seharusnya tunduk kepada tekanan politik yang mendesak pengiktirafan diberi kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Selain bercanggah dengan Akta Pendidikan 1996, dasar pendidikan tidak boleh ditentukan oleh tuntutan berkepentingan politik yang tidak mengambil kira kepentingan nasional dan masa depan generasi muda. Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd. Wafiyuddin Al-Awal Musa berkata, UEC yang diperkenal oleh Dong Jiao Zong pada 1975 adalah peperiksaan yang menggunakan silibus…










