KUALA NERUS: Dua jaringan Adjin Mujagic pada babak kedua perlawanan memastikan Sabah membawa pulang tiga mata selepas menundukkan Terengganu FC (TFC) 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini, malam ini. Dalam aksi terakhir pusingan pertama liga itu, Sabah bangkit selepas ketinggalan menerusi jaringan penyerang TFC, Akhyar Rashid pada minit ke-34 namun tandukan Fergus Tierney di hujung babak pertama permainan menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1…










