Rundingan gagal kerana tuntutan AS tidak munasabah - Iran - Utusan Malaysia

Rundingan gagal kerana tuntutan AS tidak munasabah – Iran

TENTERA melakukan rondaan berhampiran lokasi rundingan damai antara AS dan Iran di Islamabad semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Tuntutan yang tidak munasabah oleh Amerika Syarikat (AS) telah menggagalkan rundingan di Islamabad, Pakistan  untuk menamatkan perang di Asia Barat, menurut penyiar rasmi kerajaan Iran, IRIB pada Ahad.

“Delegasi Iran berunding secara berterusan dan intensif selama 21 jam bagi melindungi kepentingan nasional rakyat Iran, meskipun terdapat pelbagai inisiatif daripada delegasi Iran. Tuntutan yang tidak munasabah daripada pihak Amerika telah menghalang kemajuan rundingan. 

“Oleh itu, rundingan tersebut berakhir,” kata IRIB menerusi aplikasi Telegram.

Rundingan damai peringkat tertinggi antara AS dan Iran memasuki hari kedua pada awal Ahad.

Naib Presiden AS, JD Vance, menjadi pegawai tertinggi Amerika yang bertemu secara langsung dengan pegawai Iran sejak Revolusi Islam 1979.

Ia berlaku hanya beberapa hari selepas AS dan Israel menghentikan perang pada Selasa selama dua minggu. Perang itu  telah menjerumuskan Asia Barat dan ekonomi global ke dalam keadaan bergolak.

Perang itu bermula pada 28 Februari lalu apabila AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran sehingga menyebabkan Pemimpin Tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei terbunuh selepas rundingan antara kedua-dua negara diadakan mengenai nuklear di Geneva, Switzerland. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN