SHAH ALAM: Tenang dan fokus dalam menyelesaikan masalah, tugasan serta ketika mengikuti kuliah, kunci kejayaan seorang graduan orang kurang upaya (OKU) menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Walaupun kehilangan sebelah kaki sejak berusia 13 tahun, kekurangan itu tidak menghalang Nazrul Helmy Rahim, 24, mendapat tempat di menara gading dan seterusnya menggenggam segulung ijazah. Malah, graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Taman dan Ameniti dari Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Mara…










