BENTONG: Sepasang suami isteri maut manakala anak lelaki mereka parah dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Kuala Lumpur, berhampiran Kampung Ketari dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sulaiman, di sini, malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, Mohd. Nazri Md. Salleh dan isterinya, Karmilawati Muhamad Yaakob, masing-masing berusia 51 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta Proton Iswara (NAX 1649) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah…










