PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam proses menyediakan syor awal Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya di Sarawak sebelum memasuki fasa seterusnya seperti yang ditetapkan Perlembagaan Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, langkah itu susulan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Dewan Undangan Negeri (Komposisi Keanggotaan) 2025 oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 7 Julai lalu. Katanya, kelulusan RUU itu…










