Amaran hujan lebat berterusan di Sarawak - Utusan Malaysia

Amaran hujan lebat berterusan di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa daerah di Sarawak dijangka berdepan hujan lebat berterusan sehingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, hujan lebat berterusan pada paras buruk dijangka melanda daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman) dan Betong.

Menurut MetMalaysia, selain hujan lebat berterusan, amaran waspada turut dikeluarkan berikutan hujan berterusan yang dijangka berlaku.

“Amaran waspada yang dikeluarkan melibatkan daerah Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau) Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga 10 Disember ini melibatkan beberapa kawasan dengan beberapa kategori.

Kategori pertama melibatkan kawasan Johor Timur, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Tenggara Samui, Tioman, Selatan Bunguran, Labuan dan Barat Palawan.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

“Kategori kedua pula melibatkan Barat Condore, Utara Bunguran, Timur Reef North, Reef South dan Layang-layang dengan kelajuan angin boleh mencapai 60 kmsj dan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter,” katanya.

Bagi kategori ketiga, MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora melibatkan kawasan Timur Condore dan Barat Reef North yang dijangka berlakunya angin kencang melebihi 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN