PETALING JAYA : Kegiatan satu sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) mengenakan bayaran RM400 hingga RM500 seorang bagi membawa masuk warga asing melalui laluan tikus di sempadan Kelantan sebelum dihantar ke Lembah Klang terbongkar. Pembongkaran kegiatan itu dibuat selepas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan Operasi Khas pada Isnin hasil risikan selama tiga bulan. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pihaknya berjaya menahan lapan buah kenderaan yang dipercayai digunakan…










