Sejarah baru tercipta, Ernie Zakri dinobat Bintang Paling Popular - Utusan Malaysia

Sejarah baru tercipta, Ernie Zakri dinobat Bintang Paling Popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ernie Zakri dinobat Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP37) ke-37 di Hotel Premiera Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Dengan undian 124 juta, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, menggondol anugerah utama berupa trofi kemenangan, jambangan bunga dan wang tunai RM30,000.

Tidak menyangka bakal membawa pulang  kemenangan sebesar itu, penyanyi Masing-Masing itu mengakui sebenarnya dia sudah bersedia untuk pulang bahkan dilihat sudah menukar baju.

“Jauh untuk saya fikir akan dapat trofi ini, terima kasih kepada yang mengundi, saya hargai semua.

“Doakan saya supaya dapat buat lebih bak,” katanya dalam ucapan kemenangan.

Lebih manis, Ernie juga turut memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular, malam ini.

ABP37 menampilkan gandingan dua generasi iaitu Raja Azura dan Shila Zikir sebagai pengacara.

Senarai pemenang:

Bintang Paling Popular ABPBH 37: Ernie Zakri

Artis Baharu Lelaki Popular: Jazmy Juma

Artis Baharu Wanita Popular: Umairah

Penyanyi Lelaki Popular: Hael Husaini

Penyanyi Wanita Popular: Ernie Zakri

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: KRU

Aktor Filem Popular: Fattah Amin

Aktres Filem Popular: Sweet Qismina

Aktor Pembantu Filem Popular: Adam Lee

Aktres Pembantu Filem Popular: Heliza Helmi

Aktor TV Popular: Zahiril Adzim

Aktres TV Popular: Emma Maembong

Aktor Pembantu TV Popular: Nazim Othman

Aktres Pembantu TV Popular: Raja Azura

Penyampai Radio Popular: Haiza

Pengacara TV Popular: Fiza Sabjahan

Artis Komedi Popular : Joey Daud

5 kategori sampingan Ekstra Tonton Paling Popular:

Gandingan Serasi Drama Popular: Anna Jobling & Shukri Yahaya

Gandingan Serasi Filem Popular: Emma Maembong & Iedil Putra

Lagu Paling Boom Popular: Nurcinta – Amir Masdi

Artis Kontroversi Popular: Fattah Amin

Seller Terpaling Popular: Datuk Seri Aliff Syukri

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Kumpulan Alleycats

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN