BANGI: Yayasan Canselor Universiti Tenaga Nasional (YCU) merekodkan pertumbuhan dana endowmen (sumbangan) mencecah RM360 juta, sejak penubuhannya pada 2009 sehingga November tahun ini. Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Prof. Ir. Dr. Khairul Salleh Mohamed Sahari berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM305 juta telah disalurkan kembali untuk membiayai pelbagai inisiatif utama universiti. Beliau berkata, ia meliputi pembiayaan dermasiswa, geran penyelidikan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran selaras dengan objektif penubuhan yayasan…










