RM1.5 juta untuk pembangunan agenda luar bandar Sungai Rambai

RM1.5 juta untuk pembangunan agenda luar bandar Sungai Rambai

RAIS Yasin memasukkan padi ke dalam mesin sebagai simbolik perasmian penutup Mini KUD@Festival D'Bendang Melaka 2025 di Kem Benteng Negara, Jasin, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi pembangunan pelbagai program komuniti dan agenda luar bandar dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, peruntukan tersebut atas usaha penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa (KUD)@Festival D’Bendang Negeri Melaka 2025 selama tiga hari di Kem Benteng Negara, sejak Jumaat lalu.

Katanya, ia menjadi penanda aras transformasi komuniti luar bandar, seiring aspirasi kerajaan negeri untuk melahirkan masyarakat yang berdaya saing, progresif dan mampan.

“Karnival ini merupakan pemangkin ekonomi desa yang membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada usahawan kecil dan sederhana, para petani, pengusaha makanan tradisional serta pengusaha inap desa.

“Melalui platform jualan, pameran produk dan promosi yang terancang, kita dapat menggerakkan ekosistem ekonomi Sungai Rambai lebih sistematik, tersusun dan mampan,” katanya ketika merasmikan penutup Mini KUD@Festival D’Bendang Melaka 2025 di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengerusi Kanan Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin.

Ab. Rauf berkata, karnival tersebut adalah wadah terbaik untuk memperkenalkan dan mempromosikan kekayaan produk tempatan kepada pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Katanya, Sungai Rambai berpotensi besar untuk dibangunkan secara lebih strategik serta membina jenama tersendiri dalam peta pelancongan Melaka.

“Ia mesti berteraskan agro-pelancongan, budaya bendang, program komuniti dan sokongan usahawan desa kerana inilah wajah sebenar pembangunan desa yang bermula dari bendang dipacu oleh usahawan tempatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN