PETALING JAYA: Rapid KL melanjutkan waktu operasi perkhidmatan rel sehingga pukul 2 pagi sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2026 yang berlangsung pada malam 31 Disember ini. Rapid KL memaklumkan, perkhidmatan BRT Laluan Sunway, beberapa laluan bas terpilih serta perkhidmatan Rapid KL On-Demand (ROD) pula akan beroperasi sehingga pukul 2.30 pagi pada 1 Januari 2026. “Langkah berkenaan bertujuan memastikan pergerakan penumpang selepas tamat acara sambutan dapat berjalan dengan lebih selamat, terkawal…










