KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengakui keengganan sebahagian pegawai perubatan menerima penempatan khususnya di pedalaman Sarawak memberi kesan ketara terhadap penyampaian perkhidmatan kesihatan. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya tahun ini telah menawarkan pelantikan tetap kepada 764 pegawai perubatan kontrak bagi penempatan di Sarawak iaitu jumlah tertinggi berbanding negeri lain. Katanya, sehingga November 2025, hanya 432 atau 57 peratus pegawai perubatan kontrak melapor diri ke penempatan lantikan tetap…










