PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli mendakwa jawatan Menteri dan Timbalan Menteri sebenarnya merupakan satu ‘jerat’ yang menuntut kejujuran, amanah serta komitmen tinggi daripada mereka yang memegangnya. Bekas Menteri Ekonomi itu memberi peringatan tersebut susulan rombakan Jemaah Menteri yang diumumkan minggu ini termasuk pelantikan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir sebagai Menteri Ekonomi dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan…










