SUNGAI PETANI: Polis memberkas seorang lelaki yang dipercayai mengugut jirannya dengan pistol dalam kejadian di Bandar Laguna Merbok, di sini. Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi tadi, polis menerima panggilan daripada seorang wanita yang menyatakan suspek berusia 30-an itu mengacu senjata terbabit terhadapnya. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek dan jirannya dipercayai bertengkar sebelum itu dan terdapat video mengenai kejadian yang turut dirakam. “Kita akan…










