Pilih warna kelabu, Dr Fie akui gementar - Utusan Malaysia

Pilih warna kelabu, Dr Fie akui gementar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG : Isteri Nubhan Ahmad, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, mengakui gementar untuk menghadiri sesi pengesahan lafaz cerai dengan penyanyi dan peserta Gegar Vaganza musim ke-12 itu pada hari ini.

Ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Afifah yang lebih dikenali sebagai Dr Fie berkata, dia tidak berasa yakin untuk menempuh sesi pada hari ini selain mengharapkan segala urusan dipermudahkan-Nya.

“Tidaklah rasa yakin sebab saya lebih rasa gementar. Doa yang baik-baik, Insya-Allah,”katanya ringkas.

Sementara itu, ditanya mengenai pemilihan pakaian pada hari ini, Dr Fie berkata, dia memilih untuk menggayakan jubah berwarna kelabu.

“Ya saya pilih warna ini (kelabu) hari ini,”katanya.

Terdahulu, Dr Fie ada membuat hantaran berbentuk pertanyaan di Threads mengenai cadangan untuknya menggayakan baju berwarna apa untuk hadir ke mahkamah pada hari ini.

“Esok nak pakai baju warna apa eh? Korang rasa saya sesuai pakai baju warna apa? Sebab esok nak nampak elok wak,”tulisnya.

Sementara itu, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 39, terlihat tenang apabila tiba di mahkamah sambil ditemani peguamnya kira-kira pukul 12.07 tengah hari.

“Saya tunggu saja keputusan mahkamah, hari ini pengesahannya,” ujarnya.

Terdahulu, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, membabitkan lafaz yang berlaku pada 2017 dan 26 Ogos lalu, selain satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Untuk rekod, Nubhan dan Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN