PETALING JAYA: Sebarang keputusan termasuk perincian lokasi dan jumlah loji tenaga nuklear yang akan dibangunkan negara hanya akan dimuktamadkan selepas tahun 2030. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, kerajaan masih berada dalam fasa awal meneroka kemungkinan menggunakan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber penjanaan elektrik negara. Menurutnya, pihak kementerian juga memberi peranan kepada sebuah jawatankuasa bersama yang diketuai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air melibatkan aspek penyelidikan…










