KOTA KINABALU: Beberapa tokoh politik berpengaruh yang pernah mendominasi landskap politik Sabah tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Keadaan itu sekali gus mencerminkan perubahan selera politik pengundi yang kini lebih cenderung memberi peluang kepada barisan pemimpin muda untuk menerajui negeri itu. Antara nama besar yang kecundang termasuklah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Salleh Said Keruak; bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; bekas Menteri Luar Negeri,…









