MELAKA: Pemberian vaksin influenza secara percuma hanya dikhususkan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas, khususnya mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes, jantung dan hipertensi, selaras dengan polisi ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Hee Sem berkata, keutamaan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan teruk serta komplikasi serius akibat influenza. Menurutnya, kebanyakan kes influenza adalah ringan dan boleh…










