PETALING JAYA: Pas perlu mengetuai Perikatan Nasional (PN) ekoran kemelut politik di Perlis yang membuktikan kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memimpin gabungan itu. Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, ini kerana Bersatu gagal mengawal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu untuk menandatangani akuan bersumpah bagi menolak Mohd. Shukri Ramli sebagai Menteri Besar. “Tindakan Bersatu ini jelas mencerminkan kelemahan kepemimpinan. Kawan yang tidak mampu mengawal…










