PETALING JAYA: Pas berharap calon daripada parti itu terus diberi kepercayaan untuk menerajui Kerajaan Negeri Perlis susulan peletakan jawatan Mohd. Shukri Ramli sebagai Menteri Besar atas faktor kesihatan. Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hasrat Mohd. Shukri telah dimaklumkan kepada Presiden dan pimpinan parti dan pihaknya menghormati keputusan beliau. Menurutnya, setakat ini, daripada 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN), majoriti kerusi masih di…










