PUTRAJAYA: Selepas hampir lapan tahun didakwa atas 25 pertuduhan berkait penyelewengan dana syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas semua tuduhan tersebut. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas mendapati pembelaan bekas Presiden UMNO itu gagal menimbulkan keraguan munasabah mahupun mematahkan segala bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan. Hakim Sequerah mendengar kes tersebut sebagai Hakim Mahkamah Tinggi mula…










