Malaysia sumbang RM500 kepada pelajar Indonesia terkesan banjir

Malaysia sumbang RM500 kepada pelajar Indonesia terkesan banjir

SEORANG lelaki berjalan sambil membawa cangkul di jalan yang dipenuhi lumpur tebal akibat banjir besar di Aceh Tamiang, wilayah Aceh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia akan menyalurkan sumbangan berjumlah RM500 seorang kepada pelajar Indonesia yang sedang menuntut di Malaysia dan terkesan akibat bencana yang menimpa Aceh dan Sumatera Utara.

Pejabat Perdana Menteri berkata, sumbangan permulaan itu dibuat berlandaskan rasa ihsan dan persahabatan antara dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan.

“Sebagai tanda ihsan dan persahabatan antara dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan, Malaysia akan menyalurkan sumbangan RM500 seorang.

“Ia sebagai permulaan kepada pelajar Indonesia yang sedang menuntut di Malaysia dan terkesan akibat bencana tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pejabat Perdana Menteri berkata, pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan boleh mendaftar dengan institusi pengajian masing-masing bagi membolehkan bantuan diselaras dan disalurkan mengikut keperluan mereka.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada Kerajaan Indonesia dan seluruh rakyatnya atas bencana yang menimpa Aceh dan Sumatera Utara, dan bersolidariti bersama saudara kita yang sedang melalui detik sukar ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN