KUALA LUMPUR: Tanpa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang dimeterai bersama Amerika Syarikat pada 26 Oktober lalu, Malaysia akan terdedah dengan kenaikan tarif import sehingga 25 peratus. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Malaysia merupakan negara yang paling terdedah dengan kenaikan tarif itu berbanding anggota ASEAN yang lain. Beliau mengakui bahawa Malaysia tidak berunding ART dalam suasana yang selesa, sebaliknya berunding di bawah…










