PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini menolak rayuan Kerajaan Negeri Kedah untuk tidak memberi serta memperbaharui lesen premis perjudian dan loteri dengan alasan tindakan sedemikian adalah tidak berperlembagaan. Dalam keputusan majoriti, Hakim Datuk Faizah Jamaludin dan Datuk Dr. Lim Hock Leng memutuskan rayuan tersebut tidak mempunyai merit. Bagaimanapun, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mempunyai pendapat yang berbeza. Tiada perintah kos diberikan. Hakim Hock Leng berkata, urusan…










