PETALING JAYA: Sistem pemprosesan penumpang global di semua lapangan terbang dalam negara sudah dipulihkan sepenuhnya oleh penyedia sistem. Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) berkata, operasi daftar masuk dan menaiki pesawat di seluruh lapangan terbang sudah kembali beroperasi seperti biasa. “Pasukan lapangan terbang dan syarikat penerbangan akan terus memantau keadaan untuk memastikan pemprosesan berjalan lancar. “Kami berterima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama mereka berdepan kejadian ini,” katanya dalam kenyataan…










