KOTA BHARU: Seorang lelaki maut semasa sedang melakukan kerja-kerja di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LSTIP) Pengkalan Chepa di sini hari ini.
Muhammad Mas Idham Mahamad, 22, yang berasal dari Selangor itu disahkan meninggalkan dunia selepas pasukan perubatan melakukan pemeriksaan lanjut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias berkata, sepasukan anggota telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.49 petang.
Katanya, setiba di lokasi bomba mendapati terdapat seorang mangsa mengalami patah kaki manakala seorang lagi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Pegawai perubatan yang berada di lokasi mengesahkan yang mangsa tidak sedarkan diri itu telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.-UTUSAN










