KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki terbabit kes mencuri motosikal Honda EX5 di Taman Subang Mas, Subang Jaya dekat sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, polis pada mulanya menerima laporan berhubung kehilangan motosikal itu pada 8 Disember lalu selepas seorang lelaki membuat laporan polis. Menurutnya, motosikal itu dilaporkan hilang di Jalan Mutiara 1 dekat sini. “Bertindak atas maklumat diperoleh, sepasukan polis Rondaan…









