PETALING JAYA: Menteri Besar Perlis yang baharu wajar dilantik daripada kalangan wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) susulan kemelut politik yang berlaku. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, mustahil bagi Bersatu untuk memecat lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli, sekali gus menjadikan parti itu sebagai pihak paling layak untuk mengetuai pentadbiran negeri.…










