ALOR SETAR: Krisis politik Perlis diharap memperkukuhkan lagi kepercayaan ahli dan penyokong Pas serta mereka yang berada di atas pagar kerana dapat melihat sebuah parti yang tegas dan berdisiplin. Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, tindakan tegas terhadap tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis yang terlibat dalam usaha menjatuhkan Menteri Besar bukti ketegasan dan disiplin tinggi Pas terhadap pemimpinnya. Katanya, akibat tindakan itu bukan sahaja…










