KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya menganggarkan kos sebanyak RM327.8 juta diperlukan bagi membaiki kerosakan infrastruktur disebabkan Monsun Timur Laut. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, setakat laporan yang diterimanya, jumlah itu dianggarkan melibatkan RM225.9 juta bagi jalan berturap, RM47.4 juta bagi jalan tidak berturap dan RM54.5 juta bagi cerun. Katanya, bagaimanapun, jumlah kos itu berkemungkinan meningkat melihat kepada keadaan Monsun Timur Laut yang masih melanda negara. “Pertama sekali, kami…










