MTL: Tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku

MTL: Tujuh episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Sebanyak lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan berkemungkinan akan berlaku sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) bermula awal November depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, jangkaan itu dipengaruhi oleh fenomena La Nina yang diramalkan melanda pada penghujung tahun ini sehingga awal tahun hadapan.

“Episod hujan lebat berterusan akan dipantau rapi dan METMalaysia akan memaklumkan sekurang-kurangnya tiga hari lebih awal sebelum ia berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dr. Mohd. Hisham berkata, sepanjang musim MTL, taburan hujan lebat dijangka lebih tertumpu di negeri-negeri timur Semenanjung, selatan dan barat Sarawak serta utara dan timur Sabah.

Tambahnya, MET Malaysia juga akan terus mengeluarkan amaran cuaca dari semasa ke semasa termasuk amaran ribut petir, amaran hujan berterusan, amaran angin kencang dan laut bergelora serta nasihat berkaitan siklon tropika sekiranya berlaku.

“Amaran hujan berterusan yang dikeluarkan ketika musim MTL boleh berlarutan sehingga beberapa hari dan dikategorikan kepada tiga tahap iaitu waspada, buruk dan bahaya,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×