KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang memperluas teleperubatan di kawasan pedalaman bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan kesihatan yang adil, berkualiti dan menyeluruh tanpa mengira kedudukan geografi. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, teleperubatan merupakan antara inisiatif utama kementerian bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan selain mengurangkan kebergantungan terhadap kehadiran fizikal pesakit di fasiliti kesihatan. “KKM sentiasa komited dalam memperluas akses perkhidmatan kesihatan kepada rakyat terutamanya di kawasan pedalaman dan…










