LOS ANGELES: Hubungan cinta antara penyanyi, Ketty Perry dengan bekas perdana menteri Kadana, Justin Trudeau, bukan lagi rahsia apabila semakin terbuka berkongsi kemesraan di media sosial.
Dalam perkongsian terkini penyanyi Fireworks itu, Perry dan Trudeau dilihat menghabiskan masa bersama semasa di Jepun, baru-baru ini.
Dalam perkongsian tersebut memaparkan Trudeau mencium pipi Perry, juga video mereka menikmati Sushi dan pemandangan Jepun bersama-sama.
Difahamkan, Perry kini berada di Jepun bagi menjayakan konsert jelajahnya, Tour Lifetimes.
Sebelum ini, walaupun banyak gambar mereka yang diambil peminat bertebaran, namun belum ada sebarang kata putus daripada mereka berdua tentang hubungan itu.
Kisah cinta mereka mula dihidu apabila Trudeau menghadiri konsert Perry awal tahun ini. Lebih menguatkan dakwaan apabila sekeping gambar tular menunjukkan Perry dan Trudeau saling berjalan berpegangan tangan.
Terdahulu, Perry menjalin hubungan dengan pelakon, Orlando Bloom selama sepuluh tahun dan telah mempunyai seorang anak perempuan sebelum berpisah. -UTUSAN










