Israel rekod peningkatan kes influenza, catat kematian - Utusan Malaysia

Israel rekod peningkatan kes influenza, catat kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Kementerian Kesihatan Israel mengadakan mesyuarat kecemasan pasukan kawalan wabak selepas peningkatan mendadak kes influenza yang mengakibatkan tiga kanak-kanak meninggal dunia dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Jumlah kematian kanak-kanak akibat influenza tahun ini meningkat dengan ketara berbanding musim influenza tahun lalu, apabila hanya empat kematian dilaporkan sepanjang musim tersebut.

Menurut laporan Channel 13, kadar jangkitan influenza tahun ini adalah lima kali ganda lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu, merujuk kepada data daripada Maccabi Healthcare Services.

Sementara itu, stesen penyiaran awam Kan melaporkan 30 kanak-kanak dimasukkan ke unit rawatan rapi dalam beberapa minggu kebelakangan ini akibat komplikasi influenza.

Separuh daripada kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital di seluruh negara didapati positif influenza.

Dalam tempoh 24 jam lalu, dua bayi dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal di Baitulmuqaddis manakala seorang lagi di Haifa berada dalam keadaan serius dan memerlukan sokongan hidup, menurut laporan Kan.

Kadar vaksinasi setakat ini juga rendah, dengan kurang daripada 15 peratus sasaran kementerian tercapai.

Angka itu termasuk kurang daripada separuh bagi mereka berumur 65 tahun ke atas dan hanya 10 peratus kanak-kanak, golongan yang dianggap paling berisiko dijangkiti.

Dua daripada kanak-kanak yang meninggal dunia tidak menerima vaksin selesema manakala seorang lagi telah divaksin.

Pasukan epidemik sedang mempertimbangkan langkah-langkah termasuk promosi vaksin lebih meluas, galakan penggunaan pelitup muka di fasiliti perubatan dan ruang awam, serta kempen kesedaran awam bagi menggesa orang dewasa dan kanak-kanak yang sakit selesema supaya tinggal di rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN