Kerajaan Persekutuan, Terengganu bincang selesai isu ladang Felda

Kerajaan Persekutuan, Terengganu bincang selesai isu ladang Felda

AHMAD Zahid Hamidi ketika berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Perbualan Cyberjaya 2025 (CC2025) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Terengganu bagi menyelesaikan isu notis amaran yang dikeluarkan ke atas lot ladang milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibincangkan bagi memastikan masalah yang dihadapi agensi itu dapat diselesaikan dengan baik terutama bagi kepentingan peneroka serta rakyat Terengganu.

“Felda diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan tanggungjawab menyantuni serta mendepani permasalahan Felda diberikan kepada saya.

“Tidak ada perkara yang tidak boleh diselesaikan. Yang penting adalah kepentingan mereka yang juga rakyat Terengganu dan rakyat negara kita. Mengenai pertemuan itu, saya akan hubungi beliau (Menteri Besar Terengganu),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Cyberjaya Conversations 2025 (CC2025) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan negeri Terengganu memberi masa empat hari kepada Felda untuk mengalihkan aset dan mengosongkan premis di ladang-ladang FGV seluas kira-kira 15,000 hektar sebelum proses sitaan bermula.

Pengerusi Jawatankuasa Task Force Penyelesaian Tanah Felda Terengganu, Datuk Dr. Azman Ibrahim dilaporkan berkata, penguatkuasaan undang-undang terhadap ladang FGV bermula semalam dengan penyampaian Notis Seksyen 425 Kanun Tanah – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN