PETALING JAYA: Kerajaan laksana Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) di Sungai Golok, Kelantan bagi menyelesaikan banjir di kawasan tersebut. Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata, PLSB kini sedang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) secara komprehensif dan berfasa. Menurutnya, pelaksanaan projek itu menggabungkan langkah sementara serta penyelesaian jangka panjang bagi memastikan perlindungan berterusan kepada penduduk dan alam sekitar. Jelasnya lagi, pendekatan tersebut bertujuan menangani risiko banjir…










