Pelakon wanita dan suami diburu, tipu berkaitan beli tanah tidak wujud

Pelakon wanita dan suami diburu, tipu berkaitan beli tanah tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis mengesahkan menerima laporan pada Januari lalu berhubung kes penipuan membabitkan seorang pelakon wanita pembelian tanah tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, laporan itu dibuat di pada Januari lalu di daerah ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati seorang artis wanita tempatan bersama suaminya merupakan suspek dalam kes berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kes ini melibatkan urusan penjualan tanah kurniaan negeri Selangor yang dipercayai tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1.5 juta.

“Siasatan masih dijalankan dan kedua-dua suspek kini dipercayai berada di Sarawak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azahar berkata, susulan itu kedua-dua suspek telah didaftarkan sebagai orang dikehendaki bagi membantu siasatan lanjut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang usahawan kosmetik mendakwa mengalami kerugian RM300,00 selepas menjadi mangsa penipuan seorang pelakon wanita bersama suaminya.

Usahawan berkenaan turut mendakwa terdapat mangsa lain yang mengalami kerugian jauh lebih besar sehingga mencecah jutaan ringgit.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini