GEORGE TOWN : Kapasiti efektif bagi Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang di Pulau Pinang buat pertama kalinya melepasi paras 90 peratus pada hujung tahun iaitu sejak 2017 apabila masing-masing merekodkan paras tertinggi sebanyak 93.4 dan 98.9 peratus, hari ini. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, pada masa yang sama, rizab Empangan Mengkuang yang Diperbesarkan (EMD) juga merekodkan paras yang tinggi…










