KUALA LUMPUR: Krisis pembangunan semula di Kampung Sungai Baru perlu dijadikan pengajaran kepada penduduk supaya lebih berhati-hati dalam menilai sebarang cadangan pembangunan daripada pemaju. Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penduduk Perumahan Awam Sri Perlis 2 yang kini berada dalam proses pembangunan juga diingatkan membuat pertimbangan teliti dan tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pemaju. Katanya, di kawasan Kuala Lumpur, ramai pemaju berminat terhadap pangsapuri lama kerana mereka…










