PETALING JAYA: Kawasan sekitar Jalan Klang Lama di ibu negara yang menjadi tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari benua Afrika digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam. Operasi yang dijalankan pada pukul 9.40 malam itu telah dilakukan berdasarkan aduan awam dan risikan selama dua minggu. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 131 individu yang terdiri daripada 82 lelaki dan 34 wanita warganegara asing serta 15 rakyat tempatan telah…










