Ibu Timbalan Menteri Luar meninggal dunia

Ibu Timbalan Menteri Luar meninggal dunia

IBU kepada Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin, dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Berita pemergian tersebut dikongsikan oleh Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed, menerusi hantaran dalam akaun TikTok miliknya.

Dalam hantaran itu, beliau menzahirkan ucapan takziah kepada Mohamad serta ahli keluarga atas kehilangan insan tersayang.

“Salam takziah diucapkan kepada Datuk Mohamad Alamin atas pemergian ibu tercinta. Semoga Datuk serta seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini.

“Sesungguhnya kehilangan seorang ibu merupakan satu kehilangan yang amat besar dan sukar diungkapkan dengan kata-kata. Namun, setiap ujian yang datang adalah dengan izin dan ketentuan Allah SWT, yang pasti mengandungi hikmah tersendiri.

“Kami mendoakan semoga Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga arwah ditempatkan bersama para solihin dan beroleh syurga yang abadi. Al-Fatihah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN