PETALING JAYA: Seramai 2,991 mangsa banjir daripada 892 keluarga ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 10.30 pagi ini di tujuh negeri. Berdasarkan portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), negeri yang masih merekodkan pembukaan PPS ialah Johor, Pahang, Sabah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Sarawak. Pahang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,404 orang, diikuti Sabah (221), Johor (151) dan Terengganu (96). Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan beberapa…










