Hajiji antara ADUN Sabah memasuki Istana Seri Kinabalu

Hajiji antara ADUN Sabah memasuki Istana Seri Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merupakan antara kenamaan yang memasuki Istana Seri Kinabalu untuk Istiadat Mengangkat Sumpah Kabinet pada petang ini.

Terdahulu, kenderaan membawa Hajiji tiba dan memasuki pintu utama Seri Kinabalu sebentar tadi.

Barisan Kabinet baharu Sabah dijadual mengangkat sumpah secara rasmi di Istana Seri Kinabalu pada jam 2 petang hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Ariffin merupakan antara wakil rakyat dijangka mengisi pembentukan Kabinet Sabah.

Awal pagi Ahad lalu, Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri untuk penggal kedua di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, GRS memperoleh 29 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.

Selain itu, Parti Warisan (25), Barisan Nasional (enam), BEBAS (lima), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (tiga), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) (dua), manakala Perikatan Nasional (PN), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing menang satu kerusi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN