GEORGE TOWN: Pelaksanaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang disifatkannya sebagai undang-undang drakonian atau zalim perlu digantung sehingga reformasi menyeluruh dibentang dan diluluskan di Parlimen. Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer berkata, gesaan itu dibuat susulan beberapa insiden terbaharu menunjukkan penyalahgunaan undang-undang tersebut khususnya dalam kes melibatkan seorang lelaki, R.Gobinath serta lapan lagi lelaki yang menjadi contoh paling jelas kelemahan pelaksanaan SOSMA. Katanya, Gobinath ditahan polis pada 27 November…










