KUALA LUMPUR: Dua kementerian iaitu Kementerian Kewangan dan Ekonomi wajar digabung bagi mengurangkan pembaziran perbelanjaan negara sekali gus mengelakkan pertindihan fungsi. Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, penggabungan itu perlu dilakukan memandangkan fungsi kedua-dua kementerian itu sudah lama bertindih. Beliau berkata, langkah ini juga dilihat mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan melibatkan gaji menteri, timbalan menteri serta lantikan politik. “Penyatuan ini turut dijangka mampu mewujudkan hala…










