Tiada keperluan iktiraf UEC

Tiada keperluan iktiraf UEC

ANUAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada keperluan untuk Malaysia mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) seperti yang didesak oleh Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming.

Timbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, sejak 1975 lagi UEC sudah dibenar untuk dilaksanakan di sekolah swasta oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu ia­itu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kata beliau, sewaktu Datuk Seri Najib Razak menjawat jawatan sama pada 2012 juga sudah memberi pengiktirafan separa atau bersyarat kepada UEC untuk tujuan pengambilan guru pelatih ke Institut Pengajian Guru (IPG) bagi bidang Bahasa Cina sahaja.

“Nampaknya, bila sudah dibenarkan UEC beroperasi di negara ini dan diberi pengiktirafan bersyarat, kini dituntut pula supaya diiktiraf UEC sepenuhnya seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya dalam kenya­taan, semalam.

Terdahulu, media melaporkan, Kor Ming berkata, partinya akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan meminta UEC diiktiraf.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga mengulang pendirian DAP dalam usaha tersebut dan meminta masyarakat Cina supaya bersabar dan jangan khuatir.

Katanya, DAP telah mende­ngar suara masyarakat Cina dan akan menyemak diri secara rendah hati supaya negara terus maju.

Mengulas lanjut, Anuar ber­kata, sepatutnya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mesti menyokong sistem pendidikan kebangsaan.

Jelasnya, usaha semua di­perlukan untuk memajukan sistem pendidikan negara dan beri teguran atau kritikan jika ada kekurangan dengan niat ingin sistem itu diperkasa dan ditambahbaik lagi.

“Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang bersetuju supaya sekolah vernakular diterima sebagai ‘sekolah aliran kebangsaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×