PETALING JAYA: Seorang editor video Astro Awani maut selepas motosikal ditungganginya terbabas sendiri dan melanggar penghadang jalan di Kilometer 457.1 Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) hala selatan, malam tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.49 malam. Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira pukul 10.05 malam ketika mangsa, Mohd. Kusairi Ishak, 52, menunggang motosikal jenis…










