DUN Perak: 23 kluster jangkitan Influenza libatkan pelajar sekolah - Utusan Malaysia

DUN Perak: 23 kluster jangkitan Influenza libatkan pelajar sekolah

A. SIVANESAN semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Golongan kanak-kanak mencatatkan bilangan jangkitan Influenza-Like Illness (ILI) tertinggi di negeri ini dengan 23 kluster atau 35.38 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A. Sivanesan berkata, data yang direkodkan sepanjang tahun itu melibatkan institusi pendidikan pada peringkat sekolah menengah dan ke bawah.

“Daripada 65 kluster ILI yang telah dilaporkan pada tahun ini, majoriti yang dijangkiti virus itu melibatkan golongan kanak-kanak.

“Hanya satu kluster ILI atau 1.54 peratus melibatkan institusi penjagaan warga emas,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Norhaslinda Zakaria (Pangkor-PN) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15, di sini hari ini.

Menurut beliau, kes jangkitan ILI di Perak menunjukkan peningkatan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke 40 hingga 42 tahun ini, namun tren itu dilaporkan menurun daripada 17 kluster pada minggu ke 42 kepada satu kluster pada minggu ke 43 iaitu penurunan sebanyak 94.1 peratus.

Katanya, tiada kluster ILI telah dilaporkan pada minggu ke 47.

“Sejak Januari hingga 29 November lalu, sebanyak 65 kluster ILI telah dilaporkan di Perak iaitu pada minggu pertama hingga 48. Daripada jumlah itu, sebanyak 33 kluster adalah kluster jangkitan penyakit Influenza.

“Bagi pemantauan survalen ILI pada minggu ke 48 berbanding minggu ke 42, di mana kadar konsultasi ILI di Perak turut merekodkan penurunan iaitu daripada 8.91 peratus kepada 4.58 peratus,” katanya.

Tambah beliau, daripada pemantauan kluster ILI yang telah dilaporkan pada tahun ini, seramai 36 kes influenza telah dimasukkan ke hospital. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN